KUCHING : Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Openg turut melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Pertiwi yang terletak di Batu Kawa tengahari ini tadi.
Sebanyak 486 unit rumah pangsapuri dengan kemudahan Dewan Serbaguna serta pos kawalan sekuriti.
Dalam program sama, beliau turut menyaksikan sumbangan daripada Pengerusi Lee Onn Development,Dato Tan Guek Kee kepada Sarawak Heart Foundation sebanyak RM100,00 dan RM50,000 kepada Sarawak Children’s Cancer Society.
Hadir sama adalah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Ir. Lo Khere Chiang, Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sarawak Datu Dr. Muhammad Abdullah bin Zaidel.
Sumber dari : Sarawakku